Corona Virus.

PENGALAMAN PESAKIT CORONA VIRUS !!!! Kesan, Nasihat dan Cara Rawatan

coronavirus #covid19 #rawatan

“Tak ubah umpama perjalanan orang nak Zuhud, kena kurang makan, kurang tidur, tak boleh bercakap, hilang rasa diri dan yang ada hanya pandangan kosong macam Zombie”

  • Kak Sha

Pengalaman jemaah yang kena Corona virus berasal dari Kuala Kurau, Perak yang kini masih di kuarantin di rumahnya hampir 3 minggu dan keadaannya sekarang 80% InshaAllah sembuh.

KESAN CORONA VIRUS

1) Rasa bahang panas dibelakang bhg paru-paru nya.

2) Tidak dapat tidur dan bila nak terlelap je terasa nyawa putus dan jantung terhenti.

3) Tercungap-cungap rasa macam lemas air.

4) Hilang separuh deria bau dan rasa.

5) Hidung rasa tersumbat macam selesema tapi tak de hingus.

6) Batuk rasa nak tanggal paru-paru tapi tiada kahak keluar.

7) Pandangan kosong, terasa diri telah hilang macam tak tau apa-apa.

8) Paling sakit ialah dibahagian dada paru-paru sebelah kanan.

9) Segala organ sendi rasa sakit.

10) Setiap kali telan makanan atau minuman, terasa pedih ketika memasuki rongga.

11) Suara serak dan mulai hilang

12) Lapar yang amat sangat.

13) Ingatan sekejap kejap kosong.. terasa macam Zombie…

NASIHAT

1) Makan Bubur Nasi
2) Kurangkan Nasi, udang, sotong dan daging.
3) Jangan makan sos dan sebarang perisa.
4) Jangan minum ais atau makanan sejuk dari peti ais.
5) Kerap basuh hidung macam berwuduk supaya senang keluar kahak yang bersalut dirongga paru-paru.
6) Banyakkan zikir dan selawat
7) Jangan mandi malam
8) Elak makan Maggi atau Mee Kuning sebab virus cepat aktif.

RESEPI AIR RAWATAN

1) AIR HALIA MADU

Ambil seketul halia, cuci bersih, buang kulit dan hiris nipis, kemudian rebus dengan air bersih 1.5 liter selama 30minit. Bila air rebusan itu suam, boleh minum dalam 100ml dan ditambah sedikit madu.

2) AIR HERBA

Bahan-bahannya:
3 helai daun salam
3 helai daun pandan
1 buku halia sebesar ibu jari
1 buku kunyit sebesar ibu jari
1/2 inci temu lawak
1 sudu biji ketumbar
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 batang serai

caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air bersih selama 30minit. Dan bila suam minum dalam 100ml dengan ditambah sedikit madu lebah. Untuk Pencegahan minum awal pagi sebelum makan ketika perut kosong dan untuk rawatan minum 3 kali sehari.

KESIMPULANNYA

Semuanya dengan izin Allah SWT. Semuga kita semua dilindungi oleh Allah SWT dan kita ucapkan terima kasih atas kesudian kak Sha berkongsi pengalaman dan kita semua doakan agar kak Sha segera sembuh.

Agar kita mendapat menafaat daripada pengkongsian ini.

Terima kasih dan iLovU ❤ u kerana sudi subscribe, like, komen dan share channel ini untuk membantu kami berkarya lebih lagi.

alambiaqtv